Wednesday 13 July 2011

Chicken Chop with Black Pepper Sauce

Bahan-bahannya: (hidangan untuk 6 orang dewasa)

1 ekor ayam (potong 6)- bersihkan dan gaul kan dengan sedikit garam

tepung goreng ayam (KFC- apa2 jenama)
1 biji telur
minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya:

1. Panaskan pengukus. Masukkan ayam ke dalam loyang atau bekas tahan panas. Kukus selama 10 minit. Buka pengukus dan terbalikkan ayam. Kukus lagi selama 10 minit dengan api kuat. Keluarkan ayam dari pengukus dan toskan (ayam akan berair ketika dikukus)

2. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali atau periuk. Celupkan ketulan ayam ke dalam telur hingga rata dan gaulkan ke dalam tepung gorengan. Goreng ayam hingga keemasan. Buat hingga habis.

3. Setelah siap, ketuk ayam dan potong dengan pisau pemotong daging. Hidangkan bersama sos lada hitam dan hidangan sampingan

Sos Lada Hitam -sediakan sementara ayam dikukus- Resepi asal daripada Nita @ sudipkayu.blogspot.com (dah puas berehat, Nita dah kembali bersiaran....) Terima kasih banyak nita, sos ni memang sedap... 5*

Bahan-bahannya:

2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
2-3 cawan susu segar (boleh guna fresh-milk, low-fat atau full-cream)
1 sudu besar lada hitam- tumbuk halus
2 sudu besar sliced mushroom -tak letak pun tak apa
2 sudu besar kicap- K.An letak 4 sudu besar kicap manis untuk warna yang lebih gelap
garam secukup rasa
1/4 ketul kiub ayam

Cara membuatnya:

1. Cairkan butter dalam periuk. Masukkan tepung. Kacau rata. Bila dah berbuih, masukkan susu segar, lada hitam, cendawan dan kiub pati ayam. Kacau hingga pekat.

2. Masukkan kicap dan garam. Matikan api selepas mendidih. Hidangkan bersam ayam.



Sunday 10 July 2011

Simple and easy Banana or Pumpkin Cake( Bole guna resepi yang sama samada nak buat kek pisang atau kek labu kuning)


 Bahan2:
1) 1 cawan labu(buang kulit,rebus then lenyek). Kalau pisang,lenyek 3 biji saja.
2) 2 3/4 cawan tepung gandum
3)2 cawan gula castor
4) 1 cawan minyak masak
5) 2/3 cawan air sejuk
6) 4 biji telur
7) 2 sudu teh baking soda
Cara2:
1) pukul putih telur hingga kembang.
2) masukkan kuning telur sebiji demi sebiji.pukul lagi.
3) Masukkan gula castor,minyak masak,labu lenyek(atau pisang lenyek) dan air. Pukul lagi.
4) Akhir sekali masukkan baking soda.Kacau rata.
5) Griskan minyak pada acuan.Taburkan sedikit tepung gandum.
6) Tuang bancuhan dlm.acuan. bakar pada suhu 175-180'C selama lebih kurang 30 minit.Selamat Mencuba!